KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman sah diijabkabul dengan jejaka pilihan hati beliau, Muhammad Edrin Nordin hari ini.
Muhammad Edrin atau lebih dikenali sebagai Edrin Furtado merupakan seorang Eksekutif Pengiklanan.
Kedua-kedua mempelai sama cantik sama padan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan tanda penyatuan hati di Bentong, Pahang, pada Februari lepas.
“Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Difahamkan majlis pernikahan itu dilakukan secara sederhana di Wisma Selangor Dredging 11 pagi tadi, dengan jumlah kehadiran yang bersesuaian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.
Sebahagian upacara akad nikah turut disiarkan secara langsung di Instagram rasmi Young Syefura, dan rata-rata netizen memuji keayuan ahli politik berusia 32 tahun itu yang mengenakan busana serba putih.
"Alhamdulillah, sangat bersyukur dan lega majlis berlangsung dgn sempurna seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yg membantu secara langsung atau tidak.
"Semoga perkahwinan ini bahagia sampai syurga," katanya lagi.
Ini merupakan perkahwinan kedua Rara yang pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan pada tahun 2016.
Mengulas lanjut Rara berkata, perubahan status itu tidak akan menjejaskan fokusnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
"Suami saya seorang yang sangat memahami tanggungjawab saya sebagai Adun malah sentiasa menyokong segala usaha saya dalam membantu penduduk di Dun Ketari," katanya lagi.
Hakim Rahman, Firdaus Azil
Sat Apr 10 2021
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan- Foto Twitter @youngsyefura
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Majlis penghormatan terakhir mendiang Mutang Tagal
Jasad yang DiPertua Dewan Rakyat Datuk Mutang Tagal dibawa ke Gereja Bem, Jalan Airport Miri bagi upacara penghormatan terakhir.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Aepul Roza akui tumpang publisiti, populariti libatkan kontroversi artis
Jelas Aepul, langkah yang diambil tepat dengan situasi yang menggemparkan industri seni tempatan jika memandang dari aspek perniagaan dan bisnes.
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.
Perhimpunan: Institusi penguatkuasa rosak akibat pihak atasan - ADUN Ketari
DUN Ketari itu hadir ke IPD Brickfileds bagi memberikan keterangan berhubung penglibatannya terhadap himpunan #TangkapAzamBaki pada Sabtu lalu di sekitar ibu kota.
Kuota mandatori jantina: Kenapa tidak letak dalam bentuk peratus? - Young Syefura
Young Syefura berpendapat nilai dalam bentuk peratusan lebih memberi gambaran yang jelas.
Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.
Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
Gambar tular menunjukkan Young Syefura berkelah di tepi pantai berhampiran Sepang bersama empat individu lain kemudiannya dipadam di media sosial.
Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Ketari
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.
Tujuh calon muda terima Dana Sinar
Tujuh calon anak muda yang bertanding pada PRU14 ini menerima Dana Sinar Anak Muda Dalam Politik yang dilancarkan Sinar Harian 9 April lalu.